Hard Rock Cafe Melaka

Hard Rock Cafe Terbesar Di Asia

Produk Pelancongan Bertaraf Antarabangsa

BANDA HILIR: Hard Rock Cafe Melaka (HRC Melaka) adalah yang terbesar di Asia, terletak di Jalan Hang Jebat di sini iaitu di tapak warisan dunia UNESCO.

Pembukaan Hard Rock Cafe Melaka (HRC Melaka) yang terletak di lokasi antara pintu masuk utama ke Jonker Walk adalah salah satu lagi mercu tanda yang mesti dilawati oleh pengunjung ke negeri ini.

Pembinaan restoran ini menerapkan senibina unik dan klasik, selaras dengan lokasinya berada di kawasan tapak warisan dunia yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Hard Rock Cafe Melaka akan menyediakan perkhidmatan terbaik termasuk hidangan makanan klasik Amerika Syarikat dan tempatan serta persembahan secara langsung oleh kumpulan pemuzik tempatan atau luar negara.

Restoran ini dijangka mampu menarik kira-kira 30,000 hingga 40,000 pengunjung setiap bulan, waktu operasi dibuka setiap hari bermula jam 10.30 pagi hingga1 pagi
Hard Rock Cafe Melaka tersergam indah

Pengurus Besar Hard Rock Cafe Melaka (HRC Melaka), Anderson Kandiah berkata, Hard Rock Cafe Melaka adalah ketiga di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Kini kami mempunyai 115 staf dan 105 daripadanya adalah anak-anak Melaka dan kami beroperasi dari jam 10.30 pagi hingga 1 pagi dari Isnin hingga Ahad.

“Mulai hari ini kami juga mengetengahkan band tempatan dan mungkin akan membawa masuk ‘Band 1927’ dari Australia untuk membuat persembahan di sini tidak lama lagi”.
Hard Rock Cafe Melaka (HRC Melaka) juga dihiasi dengan pelbagai pancaran lampu LED yang cukup canggih dan istimewa selain marble meja makannya yang diimport dari Sepanyol dan juga Shop Rock.

Selain itu, Hard Rock Cafe Melaka (HRC Melaka) juga dihiasi dengan pelbagai koleksi memori dari artis-artis rock legenda dunia seperti gitar Fender Telecaster yang digunakan dan ditandatangani oleh lagenda Bruce Springsteen pada 90-an dan deram Ludwig dari Alex Van Halen yang beliau gunakan ketika persembahan jelajah dunia pada 2004.

Ia juga menempatkan jaket dipakai oleh Prince; jaket baldu Tom Petty, pakaian digunakan oleh Sir Elton John dan sebagainya

Rock Shop di Hard Rock Cafe Melaka

 Rock Shop menyedikan produk yang cukup istimewa


 Anderson menunjukkan t-shirt Hard Rock Café Melaka

 Hard Rock Legendary Burger


Hard Rock Cafe Melaka menjadi tarikan pengunjung

Persembahan secara langsung oleh kumpulan pemuzik tempatan atau luar negara

Dewan makan yang menarik
Gitar Fender Telecaster dan jaket yang digunakan dan ditandatangani Bruce Springsteen

Marbel meja makannya yang diimport dari Sepanyol 




Hard Rock Cafe Opens in Charming Melaka
MelakaMalaysia, – Hard Rock continues to spread the message of rock from city to city, and now, the world famous brand is taking Malaysia by storm! Hard Rock International today announced the opening of its newest cafe location in the heart of Malaysia’s charming city of Melaka. The new Hard Rock Cafe Melaka, located at the entrance of Jonker Walk within the UNESCO World Heritage Site, will undoubtedly be a must-see for both visitors and locals. The opening of Hard Rock Cafe Melaka marks the third Hard Rock Cafe in Malaysia, joining the popular locations in Kuala Lumpur and Penang.

The 1,372-square-metre cafe includes seating for 200, an upscale vibrant bar, a spacious outdoor dining area, a live entertainment space that will feature Melaka’s unique local music scene, and a Rock Shop. Select, hand-picked pieces of memorabilia from Hard Rock’s iconic collection adorn the walls of Hard Rock Cafe Melaka.

Fans will be able to see items from legendary and contemporary musicians from around the world, including a Fender Telecaster guitar played and signed by the legendary Bruce Springsteen in the 90s; a Ludwig snare drum used onstage by Alex Van Halen during Van Halen’s 2004 world tour; a stylish white dinner jacket worn by the genius of funk, soul, pop and rock Prince; a jacket worn by will.i.am of Black Eyed Peas while he was out promoting his solo album Songs About Girls in 2007; Tom Petty’s suede jacket and Rickenbacker guitar; a vinyl suit worn onstage in the 90s by the outrageous Sir Elton John; and much more.

“Melaka’s rich history and fascinating architecture embraces the cultural diversity of the charming city,” said Matthew Putna, Senior Franchise Director of Operations, Asia Pacific, Hard Rock International. “For over 20 years Hard Rock has been welcoming locals and visitors to the Malaysian Peninsula with our franchise partner Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tan Sri Syed Yusof and HPL Ltd, and our newest location will continue offering Hard Rock’s unique hospitality”

Guests of Hard Rock Cafe Melaka can enjoy fresh, high-quality items from Hard Rock’s scratch-based menu, including the favorite Legendary Experience menu, featuring a mouthwatering selection of 10-ounce Legendary Burgers. Hard Rock’s Smokehouse Menu uses the very best Hickory wood chips to slowly cook its ribs and chicken to juicy, tender perfection. In addition to its food, Hard Rock Cafe’s extensive, award-winning drinks menu includes Hurricanes, Margaritas, signature favorites and Alternative Rock (alcohol-free) beverages, all available in Hard Rock souvenir collectible glassware. Hard Rock’s cocktails are handcrafted, just like its cuisine, and as authentic as the memorabilia
on the walls.

The Melaka cafe’s Rock Shop offers rock ‘n’ rollinspired items, as well as collectible Hard Rock Cafe merchandise in its exclusive retail location. This Melaka-specific merchandise can only be purchased at this location, which offers an exclusive design quality that enhances each item’s appeal. Fans can also acquire Hard Rock’s muchcoveted signature pins. Since it was established in 1971, Hard Rock has been committed to a wide variety of philanthropic causes and activities around the world, and Hard Rock Cafe Melaka carries this causal commitment to its market. In every Hard Rock city, the staff makes it a priority to become a valuable community partner. In the form of funds, food and beverage, merchandise and man hours, Hard Rock Cafe Melaka will give back locally, as well as participate in global corporate philanthropic initiatives, ranging from breast cancer awareness programs, to rock icons’ favorite causes through the annual Signature Series T-shirt program.

About Hard Rock International With a total of 177 venues in 58 countries, including 141 cafes, 18 hotels and 8 casinos, Hard Rock International (HRI) is one of the most globally recognized companies. Beginning with an Eric Clapton guitar, Hard Rock owns the world’s greatest collection of music memorabilia, which is displayed at its locations around the globe. Hard Rock is also known for its collectible fashion and music-related merchandise, Hard Rock Live performance venues and an award-winning website. HRI owns the global trademark for all Hard Rock brands. The company owns, operates and franchises Cafes in iconic cities including LondonNew YorkSan FranciscoSydney and Dubai. HRI also owns, licenses and/or manages hotel/casino properties worldwide. Destinations include the companies’ two most successful Hotel and Casino properties in Tampa and Hollywood, Fl., both owned and operated by HRI parent company The Seminole Tribe of Florida., as well as other exciting locations including Bali, Biloxi, Chicago, Cancun, Las Vegas, San Diego and Singapore. Upcoming new Hard Rock Cafe locations include San Jose. New Hard Rock Hotel projects include ArubaRiviera Maya, Abu Dhabi and Shenzhen and Haikou in China.



More Info Hard Rock Café Melaka Malaysia

View of Hard Rock Cafe from Melaka river

Melaka has a rich history, originating from early sultanates, as well as colonies of Portuguese, Dutch and English settlers. Malay, Chinese, Indian and other cultures, as well as fascinating heritage architecture, continue to charm every visitor to the city. In addition to the great hospitality of the region, Melaka is famous for its food. Hard Rock is the first high-end restaurant to embrace the charm of the city. The location, good food, great service and merchandise will attract visitors and locals, alike. On top of that, it is also strategically located in the famous Jonker Walk, at the heart of UNESCO-World Heritage Zone. Featuring diverse dining, nightlife and cultural offerings, the 9,000-square-foot iconic restaurant is poised to become the city’s newest landmark destination.

Address:
No.28 Lorong Hang Jebat 75200, MelakaMalaysia
  
Hours:
RESTAURANT
Sunday-Thursday
11:30AM - 1:00 AM

Fri, Sat & Eve of Public Holiday
11:30 AM - 2:00 AM
(Kitchen Closes at 10:30 PM)


ROCK SHOP
Sunday-Thursday
9:00 AM - 1:00 AM

Fri, Sat & Eve of Public Holiday
9:00 AM - 2:00 AM

Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City


Senarai Muzium Di Melaka

Muzium Samudera

Muzium samudera fasa 1 dibina pada awal tahun 1990 berdasarkan sebuah replica Kapal Portugis yang bernama Flor De La Mar
Majlis Perasmian muzium ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Replika kapal perang ini mempunyai ruang yang besar serta luas dengan ukuran 110 kaki panjang dan 22 kaki lebar. Saiz sebenar kapal adalah lebih besar iaitu 170 kaki panjang dan 30 kaki lebar yang boleh menempatkan 1,000 orang anak kapal dengan muatan maksimum sehingga 1,000 tan.


Muzium Samudera Fasa 2

Muzium Samudera fasa 2 merupakan kesinambungan dari penubuhan Muzium Samudera fasa 1. Bangunanya adalah bekas sebuah gudang lama Guthrie yang telah dibaikpulih oleh Jabatan Kerja raya (JKR) Malaysia. yang terletak bersebelahan replica kapal ‘Flor de La Mar’. Ruang pamerannaya menggunakan teknologi audio dan pencahayaan khas yang moden dangan tema-tema yang berkaitan dengan dunia maritime.


Muzium TLDM

Muzium yang dahulunya terletak di Pengkalan TLDM di Lumut kini telah berpindah ke Melaka bagi memberi peluang kepada orang ramai mengunjungi dan mendapatkan maklumat tentang sejarah, peranan dan sumbangan serta aktiviti-aktiviti TLDM. Muzium ini dibuka pada 28 Oktober 1995.
gotomelaka.blogspot.com


Muzium Yang di-Pertua Negeri Melaka

Sejarah dan perkembangan institusi Yang di-Pertua kini terpahat didalam sebuah bangunan indah yang dahulunya dikenali sebagai Sri Melaka. Sebelum ini telah dijadikan muzium, tetapi telah menjadi kediaman rasmi dan pejabat TYT sehingga 1996. Kegunaan asal ruang-ruang di muzium ini dikekalkan dengan mempamerkan berbagai koleksi milik setiap Yang di Pertua Negeri.


Galeri Ketua Menteri Melaka

Galeri Ketua Menteri Melaka dibuka pada 1 Februari 2007. Galeri ini merupakan cadangan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Tujuan galeri ini dibina adalah untuk menghargai segala sumbangan daripada bekas-bekas Ketua Menteri dalam usaha membangunkan Melaka. Galeri ini juga menjadi pusat rujukan utama institusi Ketua Menteri yang berperanan penting dalam konteks memajukan negeri Melaka. 
-Galeri ini dibuka pada setiap hari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. 
Masuk adalah PERCUMA.


Muzium Al-Quran Melaka

Muzium Al-Quran Melaka menjadi sebuah lagi mercu tanda kegemilangan syiar Islam di Melaka. Bertempat di bangunan fasa 2 Kompleks Al-Azim, Bukit Palah. Muzium ini memperagakan sejarah penurunan wahyu pertama hingga kepada perkembangan Islam di Zaman Rasulullah S.A.W.


Muzium Belia Malaysia

Muzium Belia Malaysia terletak di No.430, Jalan Laksamana. Bangunan muzium ini pernah dijadikan rumah paderi pada zaman Belanda, Sekolah Tinggi dan Pejabat Pos Besar Melaka. Kini fungsinya elah bertukar kepada sebuah muzium yang mendokumentasikan kegiatan belia melalui bahan-bahan dan matlamat berkaitan aktiviti belia di Malaysia dan antarabangsa.


Balai Seni Lukis Melaka  

Balai Seni Lukis Melaka ditempatkan di aras satu, Bangunan muzium belia Malaysia. Galeri ini mempamerkan sejumlah 150 judul lukisan serta arca dari pelbagai media dan tema hasil karya artis-artis terkemuka tanah air dan luar Negara. Semua hasil seni yang dihimpunkan di balai ini mejadi destinasi terbaik untuk menghayati penghasilan seni.


Muzium Sejarah dan Etnografi

Muzium Sejarah dan Etnografi ditempatkan di Bangunan Stadthusys yang dibina pada zaman pemerintahan Belanda pada tahun 1645. Muzium sejarah mempamerkan tentang sejarah awal penubuhan Melaka, zaman penjajahan Portogis, Belanda, Inggeris, dan Jepun sehingga Negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Muzium Ethnografi di aras bawah, memberikan penekanan khusus kepada corak kehidupan masyarakat tempatan yang berbilang bangsa. Antara yang dipamerkan adalah adat istiadat perkahwinan, cara kehidupan seharian, bentuk pertanian serta pelbagai peralatan yang digunakan oleh masyarakat Melaka.


Galeri Laksamana Cheng Ho

Galeri Laksamana Cheng Ho diilhamkan daripada kisah tokoh pelayar agung China iaitu Laksamana Cheng Ho (Zheng He) yang telah dilahirkan pada tahun 1371 di Hodai, sebuah kampong di daerah Bao San di Yunan. Galeri ini memaparkan kisah pelayaran beliau serta kejayaan menjalinkan hubungan diplomatik serta perdagangan diantara kerajaan China dengan negara-negara Asia dan Afrika. Koleksi bahan pameran terdiri daripada porselin, replica kapal, koleksi buku dan artikel-artikel berkaitan tokoh pelayar agung tersebut.
gotomelaka.blogspot.com

Muzium Pendidikan

Bangunan yang menempatkan Muzium Pendidikan Melaka telah dibina oleh British pada tahun 1884. Fokus fokus utama muzium ini adalah berkaitan dengan pendidikan di zaman pendudukan Jepun, pendidikan selepas merdeka serta pendidikan masa kini termasuk peranan institusi perguruan dan pejabat pelajaran negeri Melaka dalam memancu kemajuan pendidikan negeri.


Muzium Sastera

Bangunan bercirikan seni bina Inggeris ini telah dijadikan sebagai muzium sastera dan dirasmikan pembukaannya pada tahun 1984. Sejarah penulisan dan pengkaryaan bermula dari era awal penulisan, cerita-cerita rakyat, karya-karya agung, Malaysia dan perkembangan kesusasteraan Melayu Moden, menjadi fokus utama muzium ditambah lagi dengan pameran pelbagai koleksi asal manuskrip tulisan tangan, lukisan-lukisan lama dan juga koleksi karya penulisan penulis tempatan.


Muzium Pemerintahan Demokrasi

Bangunan Dewan Undangan Negeri Melaka telah disempurnakan perletakan batu asasnya oleh Gabenor Tuan Yang Terutama Tun Abdul Malek Yusof pada Ogos 1961. Kini fungsinya telah bertukar kepada sebah muzium yang mempamerkan sejarah pemerintahan di Malaysia termasuk amalan demokrasi.


Muzium Islam Melaka

Muzium Islam Melaka telah ditempatkan di bangunan lama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Bangunan ini adalah tingalan warisan Belanda yang kini reka bentuk dalamannaya disesuaikan dengan konsep imbasan era kegemilangan Islam di Melaka dan nusantara. Antara koleksi yang dipamerkan adalah replica Al-Quran terawal, sejarah masjid, replica pedang Rasulillah S.A.W.
gotomelaka.blogspot.com

Muzium Rakyat

Muzium Rakyat di Bandar Hilir Melaka adalah bangunan tiga tingkat yang pernah menjadi Pejabat Pentadbiran Majlis Perbandaran Melaka Tengah (MPMT) dan telah dijadikan Muzium Rakyat oleh Perbadana Muzium Melaka (PERZIM). Ianya meliputi Muzium Kecantikan, Muzium Layang-layang dan Galeri 3D Vision.


Muzium Kecantikan

Muzium Kecantikan di aras dua dibuka kepada orang ramai pada tahun 1996. Bahan pameran yang dipamerkan adalah mengenai perubahan kekal pada tubuh badan untuk kelihatan cantik, seperti rajahan pada kulit atau tatu, pemakaian piring bibir, melonjongkan kepala dan membedung kaki.

Muzium Layang-Layang

Muzium Layang-layang telah dirasmikan pembukaannya pada tahun 1995. Para pengunjung akan terpegun dengan paparan tentang sejarah bermulanya permainan layang-layang di seluruh dunia sebagai alat komunikasi, sukan di waktu lapang digunakan semasa peperangan. Turut dipamerkan adalah pelbagai jenis Wau Bulan yang terkenal di Terengganu danKelantan.


Galeri 3D

Galeri 3D yang mempamerkan sejarah awal kewujudan Melaka dan sejarah penjajahan Portugis, Belanda, dan Inggeris di Melaka sehingga kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Ianya turut mempamerkan persembahanwarisan sejarah dengan cara teknologi yang berkonsepkan 3D Vision untuk tatapan generasi kini.


Muzium Setem Melaka

Setem merupakan asset yang sangat berharga dari segi kesenian, kewangan dan sejarah kepada yang menghargainya. Penggemarnya akan membelanjakan banyak wang, tenaga dan masa bagi memastikan setem-setem yang jarang ditemui, kerana telah lama tidak diterbitkan, berada dalam simpanan mereka. Mengikut sejarah Setem dicipta bagi memudahkan bayaran bagi surat dan bungkusan yang dihantar melalui system pos milik kerajaan.
www.gotomelaka.blogspot.com


Muzium Dunia Melayu Dunia Islam

Muzium Dunia Melayu Dunia Islam terletak di bangunan Bastion House, Jalan Kota Melaka. Bangunan ini dibina pada zaman pemerintahan Inggeris bagi menempatkan pegawai dan pentadbirannya di Melaka. Muzium ini menjadi rujukan berkaitan masyarakat Melayu dari segi sosio budaya dan ekonomi. Antara koleksi yang dipamerkan adalah artifak-artifak dari Negara-negara Islam serumpun.
gotomelaka.blogspot.com

Replika Istana Kesultanan Melaka

Replika Istana Kesultanan Melaka dibina berdasarkan catatan sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan Mansur Shah. Pelawat berpeluang menambah pengatahuan berhubung institusi Kesultanan Melayu Melaka. Pelbagai model Istana Melayu turut dipamerkan disamping peragaan pelbagai koleksi pakaian tradisional, aksesori perhiasan dan peralatan tembikar.


Galeri Melaka

Galeri Melaka yang ditempatkan di Bukit Peringgit, mempamerkan gambar-gambar berkaitan era kegemilangan Melaka sejak dahulu sehingga kini. Gambar-gamber panorama Melaka dahulu dan sekarang menjadi bukti akan peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku di Melaka.


Muzium Chetti

Lokasi Muzium Chetti terletak di perkampungan Chetti, Jalan Gajah Berang, Melaka. Muzium ini amat bersesuaian dalam menarik lebih ramai pelancong ke Melaka. Muzium ini memperlihatkan kebudayaan dan adat masyarakat Chetti.


Muzium Orang Asli

Muzium yang diadaptasikan dari replica rumah orang asli yang terdapat di negara ini terletak bersebelahan Taman Buaya, Ayer Keroh. Ianya telah dibuka pada 3 Februari 1997. Antara  paparan utama adat perkahwinan dan upacara kematian masyarakat Orang Asli.
www.gotomelaka.blogspot.com


Muzium Pertanian

Penubuhan Muzium Pertanian di Bandar Jasin selaras dengan peranan daerah Jasin sebagai pengeluar utama bijih timah dan hasil pertanian yang terawal di Melaka. Ianya memaparkan sejarah dan ekonomi masyarakat tempatan. Pameran diolah melalui diorama proses aktiviti pertanian dijalankan seperti membanting padi, pembuatan gula Melaka, suasana di lading kelapa sawit.




Muzium Adat Istiadat

Muzium Adat Istiadat yang terletak di Dataran Alor Gajah, kira-kira 25 kilometer dari Bandar Melaka telah dibina berasaskan reka bentuk rumah tradisional Melayu Melaka. Pelbagai adat istiadat berhubung upacara penting seperti akad nikah dan bersanding serta pelbagai jenis pelamin.

@gotomelaka.blogspot.com

Teater Muzikal Peminangan Puteri Hang Li Po

Sempena Persidangan Pelancongan Dunia 2013/ World Tourism Conference 2013


Yang Di Pertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob(kanan) melakonkan watak Bendahara Melaka, Zulkifli Zain, (dua dari kiri)Sultan Melaka dan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron.(kiri) anakda kepada sultan Melaka, berjaya menarik perhatian peserta Persidangan Pelancongan Dunia 2013 melihat persembahan mereka mengenai sejarah Kesultanan Melaka dengan Puteri dari China, Hang Li Po di Muzium Samudera, Melaka.


MELAKA 23 Okt- Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menyertai hampir 500 pelakon dan penari menjayakan pementasan teater muzikal di hadapan Muzium Samudera, Banda Hilir, Melaka Bandaraya Bersejarah.

Persembahan penuh warna-warni yang diadakan sempena majlis Penutup Persidangan Pelancongan Dunia 2013 itu turut mendapat sambutan hangat dengan kehadiran hampir 2,000 pengunjung termasuk pelancong dari luar negara.

Selain itu, teater muzikal berkenaan turut ditonton para perwakilan dari 46 buah negara termasuk United Kingdom, Portugal, China, Australia, Argentina, Afrika Selatan, Guatemala, Singapura dan Brunei yang menyertai persidangan selama tiga hari bermula Isnin lalu.

Persembahan bertajuk Peminangan Puteri Hang Li Po yang sarat dengan adegan mencuit hati dan tarian kebudayaan itu bermula kira-kira pukul 9.30 malam dan turut menampilkan beberapa pelakon terkenal seperti Wan Maimunah dan Datuk Zulkifli Zain.

Persembahan yang menampilkan sejarah Kesultanan Melaka pada zaman dahulu itu begitu menghiburkan malah para penonton kelihatan teruja menyaksikan para pemimpin negeri mempamerkan bakat dalam persembahan selama satu jam setengah itu.

Mohd. Khalil yang memainkan watak sebagai Bendahara berjaya menghidupkan watak berkenaan sambil disokong Idris yang memegang watak Raja Muda sementara watak Sultan Mansur Syah dibawa Zulkifli.

Turut sama menjayakan persembahan itu isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Zurina Kassim; isteri Ketua Menteri, Datin Fadilah Abdullah, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Mohamad serta barisan Exco kerajaan negeri, Datuk Md. Yunos Husin, Datuk Hasan Rahman dan Datuk Ismail Othman.

Selain lakonan, pelbagai jenis tarian turut diselang-selikan pada persembahan itu yang berkaitan dengan hubungan perdagangan Melaka suatu masa dahulu termasuk tarian Cina, India, Arab dan Majapahit.

Persembahan yang pertama kali diadakan itu diakhiri dengan tarian tradisonal Melaka, Dondang Sayang sebelum tarian Joget Lambak yang turut disertai para pengunjung termasuk para perwakilan dari pelbagai negara.

Pementasan teater muzikal yang diadakan di hadapan Muzium Samudera, Banda Hilir, Melaka...



Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

 

Wildlife Theatre Melaka

One of Melaka latest tourist attraction, Wildlife Theatre Melaka is officiated Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaacob on the 25 November 2011 and open to the public in 26 November 2011.
In Wildlife Theatre Melaka, you will be entertained by the trio sea lion, “John, Mary and Ann” and various reptiles and birds from all over the world. The 60-minute sea lion show will be held twice daily at 3 p.m. to 4 p.m. and 7.30 p.m. to 8.30 p.m. The huge amphitheatre can accommodate approximately 800 people at a time. The well designed greenery and various facilities such as cafe, souvenir shop and car park facilities will provide you with a truly educational experience.
Wildlife Theatre Melaka was built primarily to provide a unique centre for the promotion and education of eco conservation. In an attempt to enhance one’s learning experience, Wildlife Theatre Melaka will provide engaging wild classroom style featuring sea lions’ educational programs, reptiles and cultural performances. Participants will be able to have a close-up interactive encounter with various types of animals.

Location

Address: Jalan Pulau Melaka 1, Taman Pulau Melaka, Melaka
GPS Coordinate: N 2.18049, E 102.252347

Programme Schedule

3 p.m. and 7.30 p.m. daily.

Admission Fee

Adult – RM15.00
Child / Senior Citizen – RM10.00

Contact Details

Lot 101, Kawasan Bandar XLII,
Daerah Melaka Tengah, Pulau Melaka, Melaka.
Tel: 016 – 661 2998 / 016 – 661 2268
Fax: 06 – 234 9888
Email: info@wildlifetheatre.com.my
You can visit the official site here, or the Wildlife Theatre Melaka Facebook page to find out more about Wildlife Theatre Melaka.
@Amazingmelaka.com