Makam Hang Jebat











Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat merupakan seorang pahlawan yang telah dibunuh oleh Hang Tuah kerana derhaka dalam pertarungan yang memakan masa 3 hari 3 malam. Hang Jebat pada masa pertarungan itu menggunakan keris Taming Sari yang dianugerahkan oleh Sultan Melaka semasa melantiknya menjadi Laksamana. Keris itu dikatakan menjadikan Hang Jebat kebal tidak lut senjata. Hang Tuah telah berjaya merampas semula keris Taming Sari dalam pergelutan dan menikam Hang Jebat. Selepas menikam Hang Jebat, Hang Tuah yang baru kembali dari buangan, kembali kerumahnya. Hang Jebat tidak terus mati, tetapi telah membalut lukanya dengan kain cindai dan kemudiannya memasuki kampung-kampung untuk mengamuk membunuh siapa sahaja yang melintas dihadapannya. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Hang Tuah.


Ungkapan katanya 'Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah,' menjadi kata-kata hikmat setiap kali memperkatakan perjuangan untuk menuntut keadilan atau bila hendak memperkatakan kezaliman raja yang memerintah. Kesetiaan Hang Tuah kepada raja yang membuta tuli sebaliknya menjadi cemuhan orang-orang di generasi ini.


Makamnya terdapat di Jonker street, Melaka.


baca tentang Melaka disini...
baca Kesultanan Melaka disini...
baca tentang Hang Jebat disini..

p/s insyaAllah kelapangan aku akan kemaskinikan info ttg Melaka dari masa ke semasa!

Jom makan kuih Keria Hj Jalil Limbongan

Kuih Keria Hj Jalil Limbongan, Melaka.

Dah penat melawat kota Melaka, perut terasa lapar la pulaaak. Apa kata kita ke warong Tn Hj Jalil di Pantai Limbongan. Di sini ada kuih keria yang sangat istimewa. Memang istimewa kerana perniagaan beliau telah beroperasi lebih 30 tahun. Lihat saja tn Hj Jalil tu, umur pun dah lebih 70 tahun tapi masih kuat lagi memasak di dapur antik nya tu. Memang hebat..!

Dapurnya masih pakai kayu, Tak main laa gas atau letrik heheheee. Sebab tu kuih nya jadi sungguh enak, rupa nya menarik dan kemas... Tapi kalau nak beli anda semua kena sabar sebab nak kena beratur, tunggu giliran sampai 30 minit. Yang elok nya bayar lah dulu, nanti kuih siap terus jer dapat... Selalu nya ada berbelas kereta yang parkir kiri kanan jalan tu sementara tunggu giliran..

Sementara tunggu kuih keria anda masak, anda juga boleh minum2 di situ sebab selain kuih keria, warong Tn Hj Jalil juga menjual Laksa, goreng pisang dan kuih-muih tradisional. Memang sedap semuanya, maklom lah orang lama yang buat... Boleh la minum minuman panas atau air Long Chan. Hahaaa, tak ramai yang kenal air Long Chan kan.? Ini pun minuman tradisional Melaka jugaak..!!

Tempat2 Menarik Di Melaka (Nilai Sejarah)


Melaka memiliki pelbagai tempat yang menarik untuk dilawati. Senarai tempat-tempat tersebut seperti di bawah:-

Perkampungan Portugis juga dikenali sebagai Mini Lisbon. Ia terletak 5km dari Bandar Melaka iaitu di Ujong Pasir, Melaka. Perkampungan ini mempunyai kira-kira 1,500 orang yang terdiri daripada 116 buah keluarga yang berbangsa Portugis dan mula bertapak di Melaka pada tahun 1930. 


Perkampungan ini meliputi keluasan 13 ekar dengan 8 ekar daripadanya terdiri daripada penempatan penduduk dan selebihnya telah didirikan sekolah, padang dan taman permainan kanak-kanak.  Ia merupakan sebuah perkampungan yang unik mengenai kehidupan masyarakat Portugis pada abad ke-16 dan mereka masih mengamalkan bahasa, budaya, lagu dan tarian Portugis sehingga hari ini.



Kota A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan peninggalan portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.
Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara utama empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik simpanan senjata, kediaman kapten dan juga kuarters pegawai.

Kubu ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka. Mereka telah mengubah suai pintu gerbang tersebut pada tahun 1670 yang mana “ANNO 1670” boleh dilihat pada pintu gerbang itu.

Kubu ini mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa pencerobohan Belanda. Apabila ia bertukar tangan kepada pihak British, mereka amat berwaspada mengenai pengekalannya dan mengarahkan kubu itu dimusnahkan. Ia hampir musnah keseluruhannya apabila Sir Stamford Raffles yang melawat Melaka dan campur tangan untuk menyelamatkan pintu gerbang daripada dimusnahkan kerana minat beliau terhadap sejarah.

Bayaran Masuk:

Masuk adalah percuma.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Tel:
 +606-288 3599


Pulau Besar mempunyai keluasan kira-kira 168 hektar dan merupakan pulau yang terbesar sekali di Melaka.  Ia merupakan sebuah pulau di luar pantai Melaka. Terletak 15km daripada Bandar Melaka serta dihubungkan melalui pengangkutan air. Terdapat kemudahan feri  disediakan di antara Tanah Besar iaitu di Jeti Anjung Batu dan juga kemudahan bot yang boleh disewa di Jeti Umbai, Melaka. Banyak lagenda dikaitkan dengan pulau ini. Pulau Besar dari jauh kelihatan seperti seorang wanita hamil yang sedang berbaring.

Pulau Besar dikatakan penuh dengan sejarahnya yang menjadi daya tarikan pelancong tempatan dan luar negara khususnya bagi mereka daripada keturunan India Muslim Malaysia dan Singapura. Di antara tempat pelancongan yang menjadi tumpuan adalah seperti Makam Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail, Makam Syarifah Rodziah, Makam Saiyid Ibrahim (R.A), Batu Tengkorak, Pokok Disula, Tasik Biawak, Batu Belah, Keramat Masin Tawar, Istana Bunian, Perkampungan Bunian, Gua Yunus, Keramat Ular, Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Janggut, Makan Seribu, Makam Tujuh Beradik, Makam Nisan Satu, Tapak Kaki Sultan Arifeen dan sebagainya. Pulau ini dianggap suci oleh orang-orang tempatan dan pelancong dinasihatkan untuk berkelakuan baik apabila berada di pulau ini.

Terdapat chalet dan gerai-gerai yang disediakan bagi pelancong agar mereka dapat menikmati pantai yang cantik dan pemandangan yang indah. Chalet yang terdapat di sana adalah Hotel D'Puteri Kurnia di No. Tel: +606 - 295 5899 / +606 - 293 8753.


Perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyong dikatakan digali oleh Hang Tuah untuk kegunaannya sendiri semasa beliau membesar di kampung tersebut.

Pada asalnya perigi ini adalah kecil, tetapi lama-kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak kering, walaupun di musim kemarau dan airnya dikatakan sentiasa jernih dan dapat menyembuhkan penyakit.

Ada juga cerita bahawa perigi ini tempat tinggal roh Hang Tuah yang menjelma sebagai seekor buaya putih. Ia dikatakan bahawa orang biasa tidak dapat melihat buaya ini dan hanya orang-orang alim sahaja yang dapat melihat jelmaan ini.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:

Tel:
 +606-282 6526


Perigi Raja (Perigi Hang Li Po) ini dibina pada tahun 1459 dibawah arahan Sultan Mansor Shah kepada isteri beliau, Puteri Hang Li Po, seorang puteri dari negara Cina. Perigi ini tidak pernah kering dan merupakan satu-satunya punca air semasa musim kemarau. Pihak Belanda membina tembok disekelilingnya pada tahun 1677 untuk memeliharanya sebagai perigi permintaan (wishing well).

Ada yang berkata bahawa mereka yang melontar duit syiling ke dalamnya akan kembali ke Melaka pada masa depan. Perigi ini terletak di Jalan Puteri Hang Li Po.

Waktu operasi:

Setiap Hari: 7.00 pagi – 7.00 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Tokong Poh San Peng
Bukit China
Tel:
 +606-282 9343


Hang Tuah merupakan seorang pahlawan Melaka di mana kisah keberaniannya terbukti apabila semasa remaja lagi dengan tanpa bantuan sesiapa, beliau telah dapat menangkap seorang lelaki yang mengamuk di Kampung Duyong. Kehebatan ini sampai ke telinga Sultan dan Hang Tuah dipanggil ke istana untuk dijadikan pahlawan termuda berkhidmat dengan Melaka. Kebolehannya yang cemerlang membuatkan beliau bersama empat sahabatnya legenda dalam sejarah Melaka. 

Walaupun terdapat beberapa hikayat bahawa Hang Tuah hilang begitu sahaja dan terdapat yang mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Perak. Sejarah Melayu daripada tulisan Tun Seri Lanang, yang dianggap sahih dalam pengisahan Sejarah Melayu, mengatakan Hang Tuah meninggal dan dikebumikan di Tanjung Kling dengan penuh adat istiadat.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:

Tel:
 +606-282 6526


Makam Hang Jebat bertempat di Kampung Pali, berdekatan Jalan Gelanggang di Bandar Melaka. Hang Jebat merupakan seorang wira terkenal semasa Kesultanan Melayu Melaka. Beliau merupakan salah seorang daripada empat sahabat rapat Hang Tuah.

Namun begitu, Hang Jebat akhirnya dibunuh oleh Hang Tuah dalam pergaduhan yang memakan masa 3 hari dan 3 malam. Demi keadilan terhadap hukuman Sultan yang berat sebelah ke atas Hang Tuah, Hang Jebat dituduh sebagai seorang penderhaka kepada Sultan. Perbalahan ini menimbulkan tanda tanya tentang moral Hang Jebat terhadap pihak berkuasa dan mengenai Hang Tuah yang menurut perintah Sultan walaupun kesalahan Hang Jebat ialah untuk membela nasib Hang Tuah.


Hang Kasturi merupakan salah seorang pahlawan lima bersaudara yang terdiri daripada Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu. 


Reka bentuk Makam Hang Kasturi banyak dipengaruhi seni bina India, yang mana terdapat ruang-ruang untuk menempatkan pelita untuk menerangi makam tersebut. Makamnya juga dalam bentuk bertingkat sederhana besar, tidak seperti makam-makan berukuran panjang yang dianggap keramat.




Tun Teja atau Tun Teja Retna Benggala adalah anak kepada Seri Amar Diraja, Bendahara Negeri Pahang. Beliau sebenarnya tunangan Yang Dipertua Pahang, Sultan Abdul Jalil. Mengikut Sejarah Melayu, Tun Teja telah dilarikan dari Negeri Pahang dan diyakinkan oleh Hang Tuah untuk mengahwini Sultan Mahmud Shah.

Hasil perkahwinan ini, baginda telah dikurniakan Putera Amar Dewi. Semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka ke Bentayan (Muar) akibat serangan Portugis, Tun Teja mangkat dan dimakamkan di sini dengan penuh kehormatan.


Kubur Belanda yang terkenal ini terletak di Bandar Hilir bersebelahan dengan Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka. Kubur ini digunakan pada akhir suku kurun ke-17 dan mempunyai 5 kubur Belanda dan 33 kubur British di dalam kawasan ini. 


Tanah perkuburan ini digunakan pada dua peringkat iaitu di antara 1670-1682 dan 1818-1838. Di antara kubur yang menjadi tarikan ialah kubur yang mempunyai menara yang tinggi yang mana merupakan kubur dua orang pegawai yang mati semasa Perang Naning.





Pancuran air ini dibina pada tahun 1904 sempena memperingati pemerintahan jubli Ratu Victoria. Terletak di tengah-tengah Dataran Belanda, Pancutan Air Ratu Victoria ini masih lagi berfungsi dan telah menjadi tumpuan utama para pengunjung yang datang melawat bandaraya bersejarah ini.






Kubu St. John telah dibina oleh orang Belanda pada 1760 untuk melindungi daripada serangan daripada arah darat. Pada masa itu, orang Melayu yang gelisah sudah mengatur langkah untuk cuba menyerang Melaka. Inilah sebabnya Kubu St. John mempunyai satu ciri yang tersendiri iaitu meriam yang menghadap ke pedalaman. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa meriam yang menghadap ke laut. 


Kubu ini yang terletak di atas Bukit Senjuang merupakan tapak gereja kecil yang ditujukan kepada John the Baptist. Pada masa ini, perayaan St. John the Baptist masih diraikan oleh orang Katolik pada 23 Jun dengan penyalaan ribuan lilin di rumah-rumah di bandar ini



Gereja Christ yang berwarna merah ini telah dibina pada tahun 1753. Ia dibina berdasarkan kehebatan reka bentuk seni bina Belanda. Setiap satu kasau di ruang ibu diukir daripada sebatang pokok manakala kerusi gereja itu yang dibuat dengan tangan itu masih kekal dan sudah berumur lebih kurang 200 tahun.

Terdapat juga batu nisan pada lantai gereja dengan tulis Armenia. Tarikan-tarikan lain yang terdapat di sini adalah termasuk alang yang dibina tanpa penyambung, kitab Bible Bras dan gambar 'Last Supper' pada jubin glis.

Bayaran Masuk:

Masuk adalah percuma tetapi anda digalakkan menderma untuk penjagaan gereja ini.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Tel & Faks : +606 - 284 8804


Gereja St. Francis Xavier ini telah dibina oleh Paderi Farve, seorang rakyat Perancis pada tahun 1849. Gereja ini terletak di Jalan Laksamana. Menara gereja ini dibina khas bagi memperingati St. Francis Xavier yang dikenali sebagai Mubaligh Sulung di Timur. Beliau dikenang kerana kerja-kerja dakwahnya yang menyebarkan agama Katholik di Asia Tenggara pada kurun ke-16. 

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:

Tel: +606-282 4770







Gereja ini dibina oleh seorang kapten Portugis iaitu Duate Coelho. Orang Portugis menamakannya “Our Lady of the Hill” tetapi pihak Belanda kemudian menamakannya semula sebagai “Gereja St. Paul’s”. Ia juga digunakan sebagai tempat persemadian bangsawan Belanda.

St. Francis Xavier yang meninggal dunia di pantai Negara China pada tahun 1552 telah disemadikan di sini buat seketika di dalam kubur yang terbuka sebelum dipindahkan ke Goa, India. Patungnya yang dibina di Melaka tidak mempunyai tangan kanannya yang menunjukkan bahawa mayat beliau di Goa tidak mempunyai tangan kanan.

Pada 1952, Biskop Macau membuat keputusan untuk meletakkan patung St. Xavier di depan Gereja St. Paul. Sebuah patung marmar ditempah di Itali dan diukir oleh pengukir Itali terkenal, G Toni, dan ia telah siap untuk perayaan seratus tahun keempat pada Mac 22, 1953.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:

Tel: +606-288 3599


Gereja St. Peter’s dibuka pada tahun 1710 selepas pemerintah Belanda mengembalikan kebebasan beribadat kepada orang Katholik Roman Melaka. Gereja ini merupakan gereja Roman Katholik yang tertua di Malaysia dan dibina di atas tanah yang disumbangkan oleh seorang rakyat Belanda, Maryber Granz Amboer.
Bangunan ini mempunyai seni reka bentuk timur dan barat dan patung Alabaster Nabi Isa bersaiz sebenar sebelum kebangkitannya boleh dilihat di sini. Ia juga mempunyai loceng yang bawa khas dari Goa India yang diperoleh daripada gereja yang dibakar oleh orang Belanda.

Bayaran Masuk:

Masuk adalah percuma.
Pelawat dinasihatkan agar berpakaian sopan dan memperolehi kebenaran daripada pihak Gereja sebelum lawatan dibuat.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:

Tel:
 +606-282 2950


Kubur British ini terletak di Alor Gajah, Melaka. Pada bulan Mei 1829, orang Inggeris telah menyerang Naning buat kali kedua. Walaupun Naning tewas dalam peperangan tersebut, Datuk Dol Said hanya menyerah diri pada tahun 1834. Beliau diberi pencen sebanyak 100 ringgit setiap bulan sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1849. Walaupun orang Inggeris memenangi peperangan itu, ramai daripada tenteranya terkorban termasuklah George Holford Walker yang terbunuh bersama kuda dan anjingnya yang telah disemadikan di sini. Datanglah melawat kubur tersebut kerana terdapat kesan sejarah. 






Dol Said atau nama penuhnya Dato’ Abdul Said merupakan seorang pemerintah kesembilan Naning di Melaka. Beliau membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh British dan ini menyebabkan konflik yang dikenali sebagai Perang Naning, yang berlaku pada 1831.

Beliau menggunakan kebijaksanaannya dan dengan bantuan daripada perikatan Melayu yang lain, termasuk Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar, beliau telah dapat mengalahkan pihak British dalam serangan pertamanya.

 Dalam serangan kedua, Naning tidak berjaya mendapat bantuan daripada jiran-jirannya malah Yam Tuan Muda Raja Ali di Rembau membantu pihak British dengan menghantar 600 orang bagi mengukuhkan tentera mereka. Dol Said terpaksa berundur ke Sri Menanti dan seterusnya menyerah kalah, sekali gus mengakhiri perang tersebut. British menggabungkan Melaka dan Naning dan Dol Said diberikan tempat tinggal di Melaka. Dol Said dan orang Naning telah dikhianati oleh orang Melayu Rembau. Cerita Perang Naning ini tidak dibesar-besarkan walaupun orang Melayu yang memenangi Perang Naning Pertama dan British pada masa itu merupakan kuasa dunia yang sebenarnya. Perang ini menjadikan Dol Said seorang wira dalam sejarah Melayu.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:

Tel:
 +606-556 3875

Kota A'Famosa

A Famosa

A Famosa, or "The Famous" in Portuguese, is among the oldest surviving European architectural remains in Asia. Once part of a mighty fortress, this tiny gate (called the Porta de Santiago) is all that is left of a once-mighty fortress. In 1511 a Portuguese fleet arrived under the command of Alfonso de Albequerque. His forces attacked and successfully defeated the armies of the native Sultanate. Moving quickly to consolidate his gains, Albequerque had the fortress built around a natural hill near the sea. Albequerque believed that Melaka would become an important port linking Portugal to the spice trade from China. At his time other Portuguese were establishing outposts in such places as Macau, China and Goa, India in order to create a string of friendly ports for ships heading to China and returning home to Portugal.




The fortress once consisted of long ramparts and four major towers. One was a four-story keep, while the others held an ammunition's storage room, the residence of the captain, and an officers' quarters. As the plan below shows, most of the village clustered in town houses inside the fortress walls. As Melaka's population expanded it outgrew the original fort and extensions were added around 1586. The fort changed hands in 1641 when the Dutch successfully drove the Portuguese out of Melaka. The Dutch renovated the gate in 1670, which explains the logo "ANNO 1670" inscribed on the gate's arch. Above the arch is a bas-relief logo of the Dutch East India Company.









The fortress changed hands again in the early 19th century when the Dutch handed it over to the British to prevent it from falling into the hands of Napoleon's expansionist France. The English were wary of maintaining the fortification and ordered its destruction in 1806. The fort was almost totally demolished but for the timely intervention of Sir Stanford Raffles, the founder of Singapore, who happened to visit Melaka in 1810. Because of his passion for history this small gate was spared destruction.

A famosa.jpg
Tinggalan pintu kota yang dipanggil Porta de Santiago di A Famosa.


Sistem aliran kumbahan A Famosa


Bandar dan kubu Melaka (1780)

Video!









Muzium Kapal Selam di bumi Hang Tuah




NEGERI ‘Hang Tuah’ tidak pernah jemu dikunjungi pelancong dari dalam negeri mahupun luar negara.

Kota A’Famosa, bangunan Stadthuys, perigi Hang Tuah dan bermacam-macam lagi. Semua itu tidak pernah membosankan walaupun sudah dilawati berkali-kali.
Kali ini Melaka mahu memberi sesuatu yang baharu. Negeri penuh tinggalan sejarah itu menawarkan tarikan baharu dengan pembukaan Muzium Kapal Selam. Muzium ini diselia Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).
Muzium kapal selam ini menambah lagi koleksi artifak sejarah negeri ini yang sudah mempunyai 23 muzium.
Terletak di Dataran 1Malaysia, Klebang, pembukaan Muzium Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 22 November lalu sudah cukup membuatkan rakyat negara ini terutama rakyat Melaka berbangga.
Selepas menempuh pelayaran selama 31 hari dari pelabuhan Brest, Perancis, kapal selam seberat 1,200 tan tersebut akhirnya tiba di perairan Selat Melaka pada 12 November lalu.
Disebabkan proses untuk mengangkut kapal selam terbabit menelan belanja RM12.6 juta dan pertama kali dilakukan, kerja-kerja mendaratkan memakan masa yang lama apabila ia perlu dilakukan dengan teliti.
Ramai antara kita pernah menyaksikan aksi mencabar seumpama seperti mengangkut kapal atau rumah dari satu tempat menggunakan treler dalam dokumentari Discovery Channel atau National Geographic.
Rekod dunia
Sudah pasti ia antara program yang sangat menyeronokkan.
Jika adapun seperti kapal selam yang dipindahkan ke Surabaya, Indonesia sebenarnya dileraikan kepada dua bahagian sebelum ditempatkan di situ menggunakan kapal laut.
Bagaimanapun, Felda Transport Services Sdn. Bhd. ada cara tersendiri dalam mengangkut kapal selam itu ke Melaka.


KAPAL selam Agosta 70 selamat ditempatkan di Klebang, Melaka.



Kapal yang beratnya lebih 1,000 tan itu dipindah dan diangkut tanpa dileraikan sekali gus mencipta sejarah dan dipuji pasukan marin Perancis.
Proses itu melibatkan dua buah kren khas yang masing-masing berkeupayaan mengangkat beban 900 tan. Operasi mengalihkan kapal selam dari kapal ‘Jumboship’ ke kapal ponton mengambil masa selama tiga jam.
Ia berukuran 67.57 meter panjang dan tinggi 11.75 meter manakala 6.5 meter lebar. Sesiapa sahaja akan teruja melihat kapal itu kerana ketinggiannya menyamai sebuah bangunan kedai tiga tingkat!
Menyingkap sejarah kapal itu, Agosta 70 digunakan untuk melatih kru pertama kapal selam Malaysia dari 2005 hingga 2009 dan latihan itu dijalankan berikutan kontrak yang ditandatangani Malaysia untuk pemilikan kapal selam Scorpene Perancis pada 2002.
Pada 23 September lalu, Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Abdul Aziz Zainal mewakili kerajaan Malaysia menandatangani satu pemindahan pemilikan kapal selam Agosta 70 dengan wakil Kementerian Pertahanan Perancis, Yves Blanc.
Menariknya, kali terakhir Agosta 70 digunakan oleh TLDM dan Tentera Laut Perancis ialah ketika melakukan pelayaran di Lautan Atlantik pada Julai 2009.
Ketua Pegawai Eksekutif Felda Transport, Zainal Abidin Ujud memberitahu, kerja menaikkan kapal selam itu merupakan pengalaman pertama syarikatnya apabila proses mengalihkan kapal selam itu menggunakan kaedah ‘heavy lift’ yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pihak sebelum ini.
“Kami pada mulanya mahu mencuba kaedah tali balut atau bellishing namun (teknik itu) dianggap tidak sesuai sebelum beralih pada ‘heavy lift’.


PELAN pembangunan Muzium Kapal Selam atau Kompleks Pelancongan Klebang, Melaka.



“Ini adalah yang pertama di dunia dan kita terpaksa mendapatkan kepakaran jurutera marin dengan melibatkan kajian menyeluruh daripada Universiti Delft, Belanda bagi membuat penilaian mengenai proses mengangkut kapal selam ini.
Trelar 480 tayar
“Ia melibatkan beberapa kepakaran termasuklah ‘salt water Engineering dan Lloyd’ kesemuanya melibatkan kepakaran marin laut,” katanya.
Ujar beliau, meskipun kapal selam itu diperbuat daripada besi, namun ada beberapa bahagian kapal itu rapuh. Petugas pengangkutan perlu berhati-hati ketika operasi mengangkut kapal dilakukan.
“Bayangkanlah kerja itu selesai pukul 6 petang di Pelabuhan Marin Brest, selepas dibawa ke situ dari Rotterdam, pangkalan tentera marin Perancis,” katanya yang turut menyelia dari mula hingga akhir pendaratan di Klebang, Melaka.
Lebih mendebarkan, pukul 9.30 pagi kapal ponton perlu membawa kapal selam terbabit dengan berhati-hati ke jeti sementara di Klebang, Melaka pada 17 November lalu.
Satu lagi cabaran menanti apabila kru terpaksa menempuh perjalanan sejauh 1.8 kilometer untuk ke kawasan lapang Dataran 1Malaysia, Klebang.
Dengan menggunakan treler ‘Multi axle’ yang disewa khas dari Singapura, proses pendaratan penuh mencabar itu selesai dalam tempoh kurang 100 minit.
Kira-kira pukul 12.30 tengah hari, operasi membawa kapal selam berkenaan bergerak ke tapaknya dengan bantuan air pasang kerana air pasang membantu kapal ponton terbabit berada sama paras dengan jeti sebelum kapal selam ditarik ke darat.


KAPAL selam diangkut dan dipindahkan dari jumboship milik Belanda ke atas tongkang yang berlabuh di sebelah jumboship itu di Melaka.



“Dalam kedudukan satu kilometer dari pesisir pantai jeti sementara, kami meletakkan kapal selam di atas treler 480 tayar yang berada di atas ‘barge’ atau tongkang sebelum ditarik perlahan ke arah jeti sementara sebelum dipindahkan ke darat menggunakan alat kawalan jauh.
Zainal Abidin memberitahu, bagi melancarkan operasi menaikkan kapal ke darat, beberapa plat keluli diletakkan di atas laluan bagi mengelak tanah menjadi mendap.
“Namun semuanya lancar kerana jeti sementara dan laluan yang diwujudkan khas untuk kapal selam memang kukuh,” jelasnya lagi.
Selepas semua proses selesai, kira-kira pukul 4.40 petang, kapal selam itu akhirnya berjaya diletakkan di posisi yang ditetapkan dengan sokongan dua ‘saddle’ atau besi gergasi pada badannya.

Melaka River Cruise

"Venice of the East"

Seperti yang diketahui umum, sejarah Kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang yang memerintah pada tahun 1400 hingga 1424.
Melaka memperoleh namanya sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku di mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja.
Melihatkan kejadian itu, Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai negeri Melaka.
Kini Melaka digelar sebagai bandar raya bersejarah kerana ia sememangnya merupakan sebuah negeri di Malaysia yang kaya dengan sejarah.
Boleh dikatakan segenap cerok pastinya mempunyai sejarahnya tersendiri dan salah satu tempat yang mempunyai nilai-nilai sejarah ialah Sungai Melaka.
Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan ia mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai itu merupakan kawasan perbandaran, penempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan banyak lagi sejak ratusan tahun yang lalu.
Lantaran itu keputusan kerajaan negeri Melaka pimpinan Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam untuk mengindahkan Sungai Melaka sebagai destinasi pelancongan adalah satu keputusan yang tepat dan ia pernah mendapat gelaran 'Venice of the East' daripada orang Eropah pada satu ketika dahulu.
Sungai yang muaranya terletak di Bandar Hilir itu menyimpan pelbagai kisah dan cerita bermula zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga peralihan masa kepada zaman penjajahan BelandaPortugisInggeris dan Jepun.
Satu ketika dulu, Sungai Melaka pernah dilabel antara sungai paling tercemar di negara ini dan kini kerajaan negeri bangun mengembalikan kegemilangan Sungai Melaka.
Kegemilangan. Pelbagai usaha serta pendekatan dilakukan dalam usaha memulih dan mengembalikan kegemilangan sungai itu yang satu ketika dulu merupakan pusat dagangan utama di Asia Tenggara. Sedikit demi sedikit, wajah Sungai Melaka pada hari ini berjaya ditransformasi melalui peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan Pusat sebanyak RM320 juta. Usaha tersebut ternyata tidak sia-sia apabila hari ini lebih banyak produk pelancongan baru ditambah seperti hotel bertaraf lima bintang, restoran eksklusif dan kedai cenderamata yang banyak dibina di sepanjang sungai.
Pemandangan Sungai Melaka pada waktu malam memang sangat menarik... 

Ttransformasi tersebut turut meliputi usaha mengindahkan dengan konsep pencahayaan kawasan antara Jambatan Hang Jebat hingga ke Jambatan Hang Tuah. Dalam masa yang sama Jambatan Hang Tuah dan Jambatan Hang Jebat turut dinaik taraf, pembaikan jambatan pejalan kaki di Kampung Morten dan jambatan pejalan kaki berhampiran stesyen bas ekspres lama serta pembaikan Jambatan Tan Khoon Cheng selain beberapa projek pembangunan di kawasan muara Sungai Melaka.
Sekitar perkampungan tradisional Melayu Kampung Morten, juga disediakan laluan pejalan kaki di sepanjang Sungai Melaka yang dikenali sebagai River Boardwalk.
Tidak cukup dengan itu, dalam usaha merancakkan lagi kemasukan pelancong asing dan tempatan, perkhidmatan River Cruise Melaka telah diperkenalkan.
Eye On Melaka serta bangunan yang dilimpahi cahaya lampu merupakan salah satu senario yang dapat dilihat sepanjang perjalanan menaiki River Cruise Melaka.

River Cruise Melaka membolehkan pengunjung menyusuri Sungai Melaka dan kini ia muncul antara aktiviti pelancongan popular di negeri Melaka terutama di waktu malam.
Dengan menaiki River Cruise Melaka, anda dapat mengalami pelayaran menakjubkan sejauh enam kilometer menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit.
Ketika anda menaiki River Cruise Melaka, anda akan dapat menikmati pemandangan bangunan dan rumah kedai peninggalan era Belandarumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.
Tidak cukup dengan itu, pelbagai tarikan baru turut diwujudkan di sepanjang sungai antaranya kincir airEye On Melakaair pancut muzikal dan banyak lagi untuk mempopularkan lagi Sungai Melaka di pentas antarabangsa.
Yang paling menarik kincir air yang dibina pada tahun 2007 dan siap dibina pada tahun 2008 berstrukturkan teknologi Islam yang boleh diperoleh di Syria dan Lijiang, China.
Jelas Shaukani lagi, sepanjang perjalanan selama 45 minit itu, pelancong akan melalui tujuh jambatan iaitu jambatan Kampong Morten, jambatan stesyen bas espress lama, jambatan Hang Tuah, jambatan Pasar, jambatan Kampong Jawa, jambatan Chan Koon Cheng dan jambatan Tan Kim Seng.
Pelayaran dengan River Cruise Melaka akan bermula dari Taman Rempah ke Muara Sungai dan ia akan berakhir di Taman Rempah semula.
River Cruise Melaka menyediakan bot biasa dan bot khas di mana bot biasa orang dewasa akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 manakala kanak-kanak RM5.
Sementara itu untuk bot khas RM20 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak dan bagi bot khas ia hanya disediakan setiap hujung minggu dan bot tersebut turut disediakan hiburan.
River Cruise Melaka beroperasi setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah malam.
Bagaimanapun hari ini, Sungai Melaka menjadi tumpuan bukan sahaja di kalangan pelancong tempatan malah turut dibanjiri pelancong asing yang terpegun dengan wajah baru sungai itu terutama keindahannya pada waktu malam.
Datanglah melawat ke Negeri Melaka dan marilah menaiki bot Melaka River Cruise, di mana ianya akan menjadi pengalaman yang paling menarik yang tidak dapat dilupakan.
Anda pasti teruja..!

@gotomelaka.blogspot.com